AVRIL LAVIGNE LIVE IN MALAYSIA 2012
Hujan lebat beberapa jam sebelum persembahan penyanyi pop rock terkenal, Avril Lavigne bermula namun tidak menghalang peminat menghadirkan diri. Buktinya seawal jam 4 petang peminat sudah tiba dan lebih 14ribu peminat membanjiri Stadium Merdeka malam tadi.
Avril yang muncul dengan album baru 'Goodbye Lullaby' tahun lalu mempersembahkan 16 buah lagu termasuklah lagu barunya seperti What the Hell dan I love You selain lagu hit antaranya Sk*er Boi, I'm With You dan Complicated. Konsert Avril Lavigne: The Black Star Tour Live in Malaysia 2012 dipersembahkan oleh Tune Talk dandibawakan oleh JS Concert Production.
Atas nama Avril Lavigne Black Star Tour Live in Malaysia, arena Stadium Merdeka menjadi pentas terakhir buat penyanyi antarabangsa yang nama penuhnya, Avril Ramona Lavigne, beraksi dalam rangka jelajah Asia 2012. Impresif, penghibur berusia 27 tahun ini sukses memukau seramai 14 ribu penonton yang membanjiri stadium malam Sabtu lalu. Meskipun ada cakap-cakap belakang yang kurang enak di dengar, ikon kelahiran Belleville Ontario, Kanada, ni didakwa membuat persembahan dalam keadaan separuh sedar.
Memulakan persembahan sekitar jam 9 malam, Avril bersama band iringannya yang terdiri daripada lima pemuzik memberi ‘salam pertemuan’ kali kedua membuat konsert di sini dengan Blackstar, petikan intro dari album yang direleasenya tahun lalu, Goodbye Lullaby.
.
Selama satu setengah jam, kehangatan suasana yang dilatari hujan gerimis terus rancak bilamana Avril dendangkan What The Hell, Sk8er Boi dan He Wasn’t (sambil bermain gitar).
Adrenalin keterujaan para penonton dilipat kaligandakan dengan susulan lagu, I Always Get What I Want. Kemudian Avril semakin lagak membawa sekalian peminatnya 'khayal dalam dunia'Alice, lagu petikan dari runut bunyi filem Alive In Wonderland.
Adrenalin keterujaan para penonton dilipat kaligandakan dengan susulan lagu, I Always Get What I Want. Kemudian Avril semakin lagak membawa sekalian peminatnya 'khayal dalam dunia'Alice, lagu petikan dari runut bunyi filem Alive In Wonderland.
When You’re Gone, Wish You Were Here, Unwanted (aksi instrumental dari 2 gitaris dan basistnya), bersambung pula dengan Girlfriend, bikin suasana semakin gempita.
Tak cukup dengan itu, Avril turut mencuri tumpuan apabila menyanyikan lagu cover Airplanes(B.o.B feat Hailey Williams-vokalis kumpulan Paramore). Mengambil alih pentas selepas itu, gitarisnya pula tunjuk bakat mempersembahkan lagu Pumped Up Kicks (nyanyian asal Foster The People).
Bersambung, Avril mengajak penonton menyanyi bersama My Happy Ending, Smile, I’m With You, I Love You dan mengakhiri dengan Complicated, single hits yang melonjakkan namanya ke persada muzik global.
Secara keseluruhan, tidak dinafi kualiti vokal secara live bekas isteri kepada vokalis kumpulan Sum 41, Deryck Whibley ni, tidaklah begitu membanggakan. Ada ketika mantap dan ada saat vokal Avril kedengaran agak teruk terutama dipertengahan perjalanan konsert. Interaksi dengan peminat juga kurang. Malah staminanya ketara goyah dan kelihatan dia hilang fokus kerana di fahamkan situasi tersebut berlaku kerana penyanyi itu didakwa beraksi dalam keadaan mabuk.
.
Keterbukaan para penonton yang menyanyi bersama lagu-lagu popularnya mampu mengimbangi kecelaan tersebut. Dan yang pasti Avril berjaya meninggalkan satu saat paling indah buat para peminatnya.

huhu...xdpt g..miss lg sme cm dlu =(
ReplyDelete