Berakhir sudah riwayat legenda yang dikagumi dunia & merupakan kehilangan terbesar industri muzik Amerika.
Memperolehi 6 Anugerah Grammy,22 Anugerah Muzik Amerika,30 Anugerah Muzik Billboard dan dua Emmys,Whitney telah didapati tidak bermaya di dalam bilik di hotel Beverly Hilton oleh Polis dan paramedik di tempat kejadian. Sumber itu melaporkan bahawa paramedik melakukan CPR tetapi penyanyi itu tidak memberi tindakbalas. Whitney telah disahkan meninggal dunia pada 03:55 waktu tempatan.
Botol ubat ditemui dibilik hotel Beverly Hills Hilton di mana badan tidak bermaya Whitney Houston telah ditemui petang Sabtu lalu, hanya beberapa jam sebelum parti besar Anugerah Grammy berlangsung. Dilaporkan juga beliau akan menghadirinya.
Polis menemui "botol pil pelbagai" di dalam bilik Houston. Menurut kata ahli keluarga, Houston telah mengambil ubat preskripsi Xanax, yang sering digunakan untuk merawat keresahan.
Apabila digabungkan dengan alkohol, Xanax boleh menyebabkan mengantuk. Houston dilaporkan ditemui dalam tab mandinya dan didapati kepalanya berada di bawah air - dan tidak dapat dipulihkan oleh paramedik selepas dikeluarkan daripada tab.
Apabila digabungkan dengan alkohol, Xanax boleh menyebabkan mengantuk. Houston dilaporkan ditemui dalam tab mandinya dan didapati kepalanya berada di bawah air - dan tidak dapat dipulihkan oleh paramedik selepas dikeluarkan daripada tab.
Tiada alkohol didapat dibilik Houston, tetapi terdapat beberapa laporan bahawa Houston telah minum dengan rakan-rakan malam sebelum itu di hotel.
Houston juga telah menghadiri latihan untuk Anugerah Grammys pada Khamis. Ramai yang berkata Houston kelihatan sedih, berpeluh dan nafasnya berbau minuman keras dan rokok.
Beliau juga dilihat berkelakuan tidak sopan awal minggu di sebuah kelab di Los Angeles, menurut beberapa laporan. Mayatnya dibawa ke pejabat koroner LA County, di mana bedah siasat akan dilakukan untuk menentukan punca kematian.
Pegawai koroner berkata, mereka tidak akan mengumumkan sebarang maklumat berkaitan bedah siasat mendiang Whitney Houston atas permintaan detektif yang menyiasat kematian penyanyi sensasi berkenaan.
Kapten John Kades, berkata bedah siasat ke atas Houston dijadualkan hari ini tetapi atas dasar keselamatan menyekatnya daripada memberikan sebarang maklumat berkaitan status atau sama ada punca yang menyebabkan kematian penyanyi itu sudah diperolehi.
Pegawai Polis Beverly Hills, Mark Rosen, berkata pihaknya mungkin mengumumkan butiran lanjut mengenai kematian Houston tetapi bergantung sama ada detektif terbabit bersedia untuk berbuat demikian. sumber

No comments:
Post a Comment