Monday, 20 February 2012


AVRIL LAVIGNE LIVE IN MALAYSIA 2012


Hujan lebat beberapa jam sebelum persembahan penyanyi pop rock terkenal, Avril Lavigne bermula namun tidak menghalang peminat menghadirkan diri. Buktinya seawal jam 4 petang peminat sudah tiba dan lebih 14ribu peminat membanjiri Stadium Merdeka malam tadi.


Avril yang muncul dengan album baru 'Goodbye Lullaby' tahun lalu mempersembahkan 16 buah lagu termasuklah lagu barunya seperti What the Hell dan I love You selain lagu hit antaranya Sk*er Boi, I'm With You dan Complicated. Konsert Avril Lavigne: The Black Star Tour Live in Malaysia 2012 dipersembahkan oleh Tune Talk dandibawakan oleh JS Concert Production.



Atas nama Avril Lavigne Black Star Tour Live in Malaysia, arena Stadium Merdeka menjadi pentas terakhir buat penyanyi antarabangsa yang nama penuhnya, Avril Ramona Lavigne, beraksi dalam rangka jelajah Asia 2012. Impresif, penghibur berusia 27 tahun ini sukses memukau seramai  14 ribu penonton yang membanjiri stadium malam Sabtu lalu. Meskipun ada cakap-cakap belakang yang kurang enak di dengar, ikon kelahiran Belleville Ontario, Kanada, ni didakwa membuat persembahan dalam keadaan separuh sedar.

Memulakan persembahan sekitar  jam 9 malam, Avril bersama band iringannya yang terdiri daripada lima pemuzik memberi ‘salam pertemuan’ kali kedua membuat konsert di sini dengan Blackstar, petikan intro dari album yang direleasenya tahun lalu, Goodbye Lullaby.

..

Selama satu setengah jam, kehangatan suasana yang dilatari hujan gerimis terus rancak bilamana Avril dendangkan What The HellSk8er Boi dan He Wasn’t (sambil bermain gitar).

Adrenalin keterujaan  para penonton dilipat kaligandakan dengan susulan lagu, I Always Get What I Want. Kemudian Avril semakin lagak membawa sekalian peminatnya 'khayal dalam dunia'Alice, lagu petikan dari runut bunyi filem Alive In Wonderland

When You’re GoneWish You Were HereUnwanted (aksi instrumental dari 2 gitaris dan basistnya), bersambung pula dengan Girlfriend, bikin suasana semakin gempita.

Tak cukup dengan itu, Avril turut mencuri tumpuan apabila menyanyikan lagu cover Airplanes(B.o.B feat Hailey Williams-vokalis kumpulan Paramore). Mengambil alih pentas selepas itu, gitarisnya pula tunjuk bakat mempersembahkan lagu Pumped Up Kicks (nyanyian asal Foster The People).


Bersambung, Avril mengajak penonton menyanyi bersama My Happy EndingSmileI’m With YouI Love You dan mengakhiri dengan Complicated, single hits yang melonjakkan namanya ke persada muzik global. 

Secara keseluruhan, tidak dinafi kualiti vokal secara live bekas isteri kepada vokalis kumpulan Sum 41, Deryck Whibley ni, tidaklah begitu membanggakan. Ada ketika mantap dan ada saat vokal Avril kedengaran agak teruk terutama dipertengahan perjalanan konsert. Interaksi dengan peminat juga kurang. Malah staminanya ketara goyah dan kelihatan dia hilang fokus kerana di fahamkan situasi tersebut berlaku kerana penyanyi itu didakwa beraksi dalam keadaan mabuk.

.
Keterbukaan para penonton yang menyanyi bersama lagu-lagu popularnya mampu mengimbangi kecelaan tersebut. Dan yang pasti Avril berjaya meninggalkan satu saat paling indah buat para peminatnya.

Wednesday, 15 February 2012

R.I.P Whitney Houston





Berakhir sudah riwayat legenda yang dikagumi dunia & merupakan kehilangan terbesar industri muzik Amerika.

Memperolehi 6 Anugerah Grammy,22 Anugerah Muzik Amerika,30 Anugerah Muzik Billboard dan dua Emmys,Whitney telah didapati tidak bermaya di dalam bilik di hotel Beverly Hilton oleh Polis dan paramedik di tempat kejadian. Sumber itu melaporkan bahawa paramedik melakukan CPR tetapi penyanyi itu tidak memberi tindakbalas. Whitney telah disahkan meninggal dunia pada 03:55 waktu tempatan.

Botol ubat ditemui dibilik hotel Beverly Hills Hilton di mana badan tidak bermaya Whitney Houston telah ditemui petang Sabtu lalu, hanya beberapa jam sebelum parti besar Anugerah Grammy berlangsung. Dilaporkan juga beliau akan menghadirinya.

Polis menemui "botol pil pelbagai" di dalam bilik Houston. Menurut kata ahli keluarga,  Houston telah mengambil ubat preskripsi Xanax, yang sering digunakan untuk merawat keresahan.

Apabila digabungkan dengan alkohol, Xanax boleh menyebabkan mengantuk. Houston dilaporkan ditemui dalam tab mandinya dan didapati kepalanya berada di bawah air - dan tidak dapat dipulihkan oleh paramedik selepas dikeluarkan daripada tab.

Tiada alkohol didapat dibilik Houston,  tetapi terdapat beberapa laporan bahawa Houston telah minum dengan rakan-rakan malam sebelum itu di hotel.

Houston juga telah menghadiri latihan untuk Anugerah Grammys pada Khamis. Ramai yang berkata Houston kelihatan sedih, berpeluh dan nafasnya berbau minuman keras dan rokok.

Beliau juga dilihat berkelakuan tidak sopan awal minggu di sebuah kelab di Los Angeles, menurut beberapa laporan. Mayatnya dibawa ke pejabat koroner LA County, di mana bedah siasat akan dilakukan untuk menentukan punca kematian.

Pegawai koroner berkata, mereka tidak akan mengumumkan sebarang maklumat berkaitan bedah siasat mendiang Whitney Houston atas permintaan detektif yang menyiasat kematian penyanyi sensasi berkenaan. 

Kapten John Kades, berkata bedah siasat ke atas Houston dijadualkan hari ini tetapi atas dasar keselamatan menyekatnya daripada memberikan sebarang maklumat berkaitan status atau sama ada punca yang menyebabkan kematian penyanyi itu sudah diperolehi.

Pegawai Polis Beverly Hills, Mark Rosen, berkata pihaknya mungkin mengumumkan butiran lanjut mengenai kematian Houston tetapi bergantung sama ada detektif terbabit bersedia untuk berbuat demikian. sumber

Hari Baru Sha (^_^)

Salam permulaan...baru berjinak2 dlm dunia blog..hihihi...xpe lah walau terlambat dari kawan2 lain..dari x mula langsung kan?? Selamat  Ber BLOG Sha...